a:hover { font-size: 18px; font-weight: bold; text-decoration: none; } -->

©The kLoooon Netwoork©

©The kLoooon Netwoork© Blog Created By Www.BestTheme.Net
welcome too theklonetwork

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, ...

Category name clash

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. ...

Test with enclosures

Here's an mp3 file that was uploaded as an attachment: Juan Manuel Fangio by Yue And here's a link to an external mp3 file: Acclimate by General Fuzz Both are CC licensed. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, ...

Block quotes

Some block quote tests: Here's a one line quote. This part isn't quoted. Here's a much longer quote: Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem, varius aliquet, ...

Contributor post, approved

I'm just a lowly contributor. My posts must be approved by the editor.Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at ...

#WAJIB BACA (Perempuan Umpama Barangan Di Kedai )

Posted by theklon network - - 4 comments






"Amboiii... Sedap hang ja nak kata kami ni barang kat kedai nowh. Ingat kami ni apa?", kata seorang awek. Amboiiiii.. Cik kak.. Cuba hang rileks sat, hang baca dulu na.. Tak payah nak emo tak ketahuan punca sangat.. Heheh...



*************************

Bayangkan, Perempuan umpama barangan di kedai. Pemilik kedai adalah walinya. Pelanggan pula adalah lelaki. Maka ada 3 jenis barang di kedai...

1. Barang Percubaan (Tester)
Plastik atau balutannya dibuka. Boleh dipegang, dibelek puas-puas, dirasa dan boleh try test sebelum beli. Tak suka, boleh cuba yang lain.

Maksud tersirat : Perempuan yang seksi, tidak menutup aurat dan tidak bermaruah. Rela tubuhnya diratah lelaki yang belum sah jadi suaminya.

2. Barang di Rak Terbuka
Tertutup cantik dengan plastik. Ada yang berkotak dan tersusun rapi dipamerkan di rak secara terbuka. Masih boleh disentuh pelanggan walaupun tidak boleh dicuba.

Maksud tersirat : Wanita yang menutup aurat tapi tidak menjaga batas pergaulan atau yang jenis bangga mempamerkan kecantikan yang dimiliki.

3. Barang Dalam Almari Berkunci
Barang ini sangat berharga dan berkualiti tinggi. Dibalut cantik dan disimpan rapi dalam almari kaca yang berkunci. Tidak pernah disentuh oleh sesiapa. Kalau nak beli, kena jumpa tuan kedai untuk buka kunci tersebut.

Maksud tersirat : Wanita yang menutup aurat dengan sempurna, tidak pernah disentuh mana-mana lelaki, menjaga batas pergaulan. Kalau nak mengorat dia, kena terus berjumpa dengan walinya terlebih dahulu. Kemudian, masuk meminang dan kahwin.

So, Perempuan nak jadi barang yang mana satu?

Pelanggan pula, kalau nak barang yang baik dan berkualiti tinggi, kenala jadi kaya. Kaya dengan budi pekerti dan akhlak mulia.

Pemilik kedai pula, kenala sentiasa pastikan barang di kedai di jaga dengan baik jangan bagi rosak. Maksudnya, ibu bapa kenala jaga anak-anak dia supaya kekal sebagai 'manusia'.


credit to : szlihin.com
[ Read More ]

#1 - happy neeww year korang !

Posted by theklon network - - 0 comments



Omjaay omjaay ! blog aku bersawang ! haha , sori guys , dah lame aku tak beblogging , maklumlah focus study , ini pun baru habis final exam . hee . btw . i miss all my friends ! haha .inilaah entri pertama untuk tahun ini . oleh hal yang demikian aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012 , org putih cakap , HAPPY NEW YEAR !! haha . hope this year will be a great year for you olz and my olz . haha . tamo nakal2 ea *ayt gedik* . HAHA . okay kawan itu sahaja untuk hari ini . pasni aku akan update lagi , maklumlah dah free bird untuk 3 minggu . caak ! jgn jeles . haha . okbai !
[ Read More ]

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH SKRIN 2011

Posted by theklon network - - 1 comments

 


Kategori Drama
  1. Drama Terbaik – ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, ‘Janji Syurga’
  3. Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’
  6. Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  7. Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  8. Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd
  9. Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau’
  10. Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd
Kategori Filem
  1. 1. Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’
  3. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’
  6. Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’
  7. Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee
Kategori Penerbitan Dalaman
  1. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng
  2. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah
  3. Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir
  4. Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010
  5. Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011: Top 12 Show
  6. Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.
Anugerah Khas
  1. Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof
  2. Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji’





[ Read More ]

KEPUTUSAN MEMANSUHKAN PPSMI ADALAH MUKTAMAD

Posted by theklon network - - 0 comments

 

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, keputusan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah muktamad dan tidak akan tunduk kepada ugutan berbaur politik. 



Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, mahu polemik isu berkenaan dihentikan.

Katanya, beliau akan memberi penjelasan terperinci segala persoalan dan kebimbangan ibu bapa berhubung peralihan yang perlu dilalui anak mereka, kedudukan PPSMI serta pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), hari ini.

“Kerajaan tidak boleh bertindak `terdesak dan tertunduk’ kepada kumpulan kecil yang berterusan menuntut PPSMI dikekalkan, kerana majoriti rakyat memahami serta menerima keputusan yang dibuat pada 2009 untuk memansuhkan dasar itu,” katanya.

Beliau menyifatkan pihak yang lantang menyuarakan desakan itu, termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (PAGE), sebagai melewati tempoh dan ketinggalan kerana membuat tuntutan selepas hampir dua tahun keputusan diumumkan dan dasar MBMMBI juga sudah dilaksanakan di sekolah.

“Sejak mengumumkannya (pemansuhan PPSMI) pada 2009, kita tidak menerima reaksi negatif. Sebahagian besarnya menerima baik. Saya bawa kepada Kabinet, diluluskan. Saya bawa ke Parlimen, ia dibincang dan dibahas, semua pihak bersetuju, termasuk pembangkang, pada waktu itulah. Sekarang apabila ada kumpulan begitu membuat desakan, mungkin pihak pembangkang pun hendak lompat masuk ke sana.

“Bagi kita, ini bukan soal Kementerian Pelajaran membuat keputusan terburu-buru. Kita bukan membuat keputusan berdasarkan politik, sebaliknya apa yang difikirkan terbaik untuk rakyat dan negara kerana kementerian memiliki cukup data dan maklumat mengenai bagaimana PPSMI dilaksanakan, apa hasil pelaksanaan itu sehingga kita membuat penilaian dan keputusan untuk tidak meneruskannya, ada asas yang kukuh.

“Sebab itu jika ada pihak yang mendesak, kita faham negara ini demokrasi dan tidak menyekat atau menghalang sesiapa bersuara walaupun mereka kadang-kadang sudah melebihi batas sehingga hendak mengugut, tetapi kerajaan tidak akan tunduk kepada tekanan sebegini,” katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan guru Bahasa Inggeris yang menyertai Program Mentor Pengajaran Bahasa Inggeris (ELT) anjuran SMR HR Group di sini, semalam.







Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SMR Group, Datuk Dr R Palan.
Program itu membabitkan 120 mentor dari seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan United Kingdom.

Mengulas ugutan berbaur politik, Muhyiddin berkata, terserah kepada masyarakat untuk menilai pihak terbabit.

“Sebenarnya soal PPSMI sudah tutup. Saya pun sudah mengatakan bahawa PPSMI sudah tidak ada lagi. Mulai tahun ini, ia tidak lagi dilaksanakan. Kita sudah melaksanakan dasar baru (MBMMBI) di sekolah seluruh negara. Muktamad. Noktah.

“Yang rakyat ingin tahu ialah bagaimana peralihan itu kerana ada pelajar yang sudah berada dalam sistem (PPSMI) sebelum kita hendak memansuhkannya. Oleh itu, kita mahu proses pembelajaran mereka tidak tergendala.

“Mereka ini mungkin kita akan beri pertimbangan, esok (hari ini) saya akan jelaskan secara terperinci bagaimana peralihan itu berlaku supaya ibu bapa tidak risau.

“Saya ada menerima SMS daripada ibu bapa yang bimbang, saya faham, saya pun ada anak, saya tahu. Kita tidak mahu ganggu mereka, jadi saya akan umumkan bagaimana kelonggaran dan proses peralihan itu akan dilakukan,” katanya.

Mengenai kenyataan MCA dan MIC yang turut meminta kerajaan mengkaji semula keputusan memansuhkan PPSMI pula, Muhyiddin berkata, dua parti komponen BN itu tidak menyatakan bantahan tetapi sekadar memberi pandangan tambahan.

Sambil berpendapat pihak berkenaan akan memahami apabila penjelasan diberikan, beliau berkata, MCA dan MIC juga adalah sebahagian daripada kerajaan di mana wakil mereka dalam Kabinet turut bersetuju ketika keputusan memansuhkan PPSMI dibuat.
[ Read More ]

Tips dan Cara Untuk Hilangkan Jerawat Muka

Posted by theklon network - - 0 comments

Keyakinan diri merupakan sesuatu yang kita perlu ada dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim. Ia penting dalam usaha kita menyampaikan sesuatu mesej atau berkomunikasi. Kadangkala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan mereka kurang. Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :
  • Ambil wudu’ sebelum tidur.
  • Pastikan diri berwudu’ sepanjang masa.
  • Elakkan diri daripada tekanan.
  • Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
  • Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).
  • Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
  • Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
  • Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
  • Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
  • Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
  • Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
  • Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
  • Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.

    Sumber: ILuvIslam.com

    Daripada sumber yang diambil dari wikipedia, Jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.) Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.
    Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.
    Bagaimana jerawat boleh terjadi?
  • Kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintik putih (white head) dan bintik hitam (black head). Apabila bintik-bintik putih (white heads) itu dicemari oleh kekotoran sedangkan ia berada dalam keadaan berminyak dan lembab, bintil putih tersebut akan mudah bertukar menjadi bintik hitam (black head). Bintik-bintik hitam (black heads) mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). Pada kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar. Apabila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.
  • Selain itu, masalah jerawat juga terjadi akibat pertumbuhan bacteria Propionibacterium acnes yang mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kekotoran selain ia mudah terdedah kepada kelembapan dan pengoksidaan luaran.
  • Biasanya, masalah jerawat hanya diketogorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.
  • Manakala jumlah lesi dari 30 hingga 125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat ‘sederhana’. Dan apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’.
  • Jerawat biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormone yang agak agresif.
Jenis-jenis jerawat yang biasa berlaku:
  • Jerawat Ringan; biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi(jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30. Kurangnya warna kemerah-merahan pada kulit akibat jerawat.
  • Jerawat Sederhana; Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami banyak bintilan jeragat (black heads) dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah/muka, dada dan belakang badan.
  • Jerawat Kronik; Pesakit akan mengalami banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengelurkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat. Apabila ini berlaku, maka Whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuah jerawat yang amat ketara. Jika masalah itu berlarutan tanpa diselesaikan maka akan wujudnya interaksi antara jeragat, jerawat dan minyak yang boleh menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang besar serta luka bernanah. Selain itu, bintik hitam (blackhead) yang banyak pula akan wujud dan berinteraksi dengan bacteria jerawat.
Punca Berlakunya masalah jerawat:
Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron.
Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis kuman iaitu propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.
Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan, ketidakkeseimbangan horman tubuh dan salah penjagaan kulit). Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.
Tips untuk mengelakkan dari pembentukan jerawat:
Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan, diantara-syor-syor penjagaan wajah yang disyorkan untuk dilakukan adalah seperti:
  • Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertektur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka. Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
  • Penggunaan pencuci wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang Pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.
  • Mencuci kulit dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda samaada lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.
  • Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan!
  • Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan. Walaupun anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran Sinar UV (Ultraviolet) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit. Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis (SPF 10, SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan sebagainya), perkara ini penting bagi mengurangi kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin oleh sel melanosit dan peyerapan UV-B ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit kanser. Pemakain pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa menutup wajah anda dengan kain ketika melakukan aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.
  • Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda.





[ Read More ]

KL Gangster Pegang Rekod 16 Tahun

Posted by theklon network - - 0 comments


KUALA LUMPUR – Mungkin ramai yang tidak sedar, tetapi filem  KL Gangster arahan pengarah muda, Syamsul Yusof memiliki sejarah tersendiri apabila ia menjadi filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi sejak tahun 1995 hingga Oktober 2011.


Merujuk kepada senarai rekod ‘Filem Cereka Top 20’ yang ditunjukkan di laman web Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), tiada filem tempatan yang mampu menandingi jumlah kutipan tertinggi filem itu sejak tahun 1995 sehingga kini.

Filem yang diterbitkan pada tahun ini oleh SKOP Production dibintangi gandingan mantap tiga ‘hero pujaan Malaya’ Aaron Aziz, Adi Putra dan Syamsul sendiri, begitu menggegar panggung dan menjadi satu fenomena transformasi industri hiburan ke arah yang lebih bermutu.

Dalam filem tersebut, Syamsul membawa watak antagonis iaitu gangster bergelar Shark, Aaron watak gangster yang sudah insaf, Malik dan baru keluar penjara, serta Adi yang bawa watak gangster, Jai yang juga adik kepada Malik.

Filem komedi seram yang ditayangkan pada Ogos lalu, Hantu Bonceng, pada awalnya mencetus kontroversi dialog yang didakwa menghina Islam, berjaya menarik peminat filem tempatan untuk berada di tempat kedua dengan meraih kutipan sebanyak RM8.53 juta.

Filem lakonan Zizan Razak dan diarahkan oleh Ahmad Idham itu mengisahkan seorang mat rempit yang insaf setelah diganggu oleh roh seorang gadis yang dimenanginya di dalam satu perlumbaan.

Tempat ketiga carta FINAS itu juga diisi oleh filem bergenre komedi seram, Ngangkung (2010), dengan jumlah kutipan sebanyak RM8.18 juta dan filem Kongsi (2011) ditempat yang keempat dengan jumlah kutipan sebanyak RM8.09 juta.
Filem seram, Khurafat (2011) pula berada di tempat kelima dengan mencatat kutipan berjumlah RM8.08 juta dan filem arahan pengarah terkenal Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), yang mencetus fenomena unik pula berjaya mengutip sebanyak RM7.9 juta untuk berada ditempat keenam.

Tempat ketujuh pula disandang oleh filem Adnan Sempit (RM7.66 juta – 2011) dan diikuti ditempat kelapan Hikayat Merong Mahawangsa (RM6.5 juta – 2011), Lagi-Lagi Senario (RM6.33 juta – 2001) dan yang Upin & Ipin: Pengembaraan Bermula (RM6.2 juta – 2009).

Ia diikuti oleh filem Sembilu 2 (RM6.1 juta – 1995), Jangan Pandang Belakang Congkak (RM6.09 juta – 2009), Jangan Pandang Belakang (RM5.78 juta – 2007), KL Drift 2 (RM5.67 – 2010) dan Cicakman (RM5.15 juta – 2006).

Senarai FINAS itu mula direkodkan pada tahun 1999 dan menyenaraikan hasil jumlah kutipan jualan tiket filem-filem tempatan yang didaftarkan di FINAS sebagai filem ‘wajib tayang’ di pawagam-pawagam tempatan di seluruh negara.





[ Read More ]

Intipati Bajet 2012 Malaysia (Sekadar Perkongsian)

Posted by theklon network - - 1 comments



Defisit kerajaan persekutuan pada 2012 dijangka turun kepada 4.7% daripada KDNK berbanding 5.4% pada 2011.

Intipati Bajet 2012 - Sektor pelancongan akan diberikan keutamaan. Untuk itu Pulau Langkawi akan dibangunkan dalam tempoh 5 tahun dengan peruntukan RM420 juta.

Intipati Bajet 2012 - Mulai sesi persekolahan 2012, semua jenis yuran persekolahan dimansuhkan.

Intipati Bajet 2012 - Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

Intipati Bajet 2012 - Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.FELDA GVH akan disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012 dlm usaha mengumpul dana menjadi syarikat konglomerat global.

Intipati Bajet 2012 - Perkhidmatan bas luar bandar. Peruntukan RM150 juta kepada pengusaha bas bagi membeli dan membaik pulih bas, mulai 1 Januari 2012.

Intipati Bajet 2012 - Perkhidmatan awam. Gaji maksimum menjadi lebih tinggi anggaran (35 - 37%) daripada gaji sekarang menerusi SPBA. 600 ribu pesara kerajaan pula akan dapat pelarasan pencen.

Initpati Bajet 2012 - Umur persaraan dilanjutkan (penjawat awam). Kjaan bersetuju dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Intipati Bajet 2012 - Kebajikan anggota tentera. RM500 juta naik taraf kem dan kuarters di seluruh negara. RM50 juta disediakan dalam bentuk insentif kepada pesara tentera bagi mendapatkan pekerjaan selepas bersara. Polis tambahan dan polis khas (Home Guard etc) semasa darurat - Kjaan beri sumbangan RM3 ribu "one off" kepada semua 62 ribu bekas dan balu mereka.

Intipati Bajet 2012 - Lancar Agro Makanan Negara 2012 - 2020 bagi jamin bekalan negara mencukupi.

Intipati Bajet 2012 - Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Intipati Bajet 2012 - Had maksimum harga rumah dinaikkan dari RM250 ribu kepada RM400 ribu bagi Skim Pembelian Rumah Pertama bagi golongan yang berpendapatan dibawah RM3,000

Intipati Bajet 2012 - Kaedah Bina Kemudian Jual. Ia bagi melindungi pembeli. Bagi rumah RM600 ribu ke bawah.

ntipati Bajet 2012 - Tanah persendirian atau rumah usang boleh bekerjasama dengan SPNB. Cadangan untuk membina 10 ribu Rumah Mesra Rakyat dengan kos RM65 ribu namun hanya akan dijual pada harga RM45 ribu sahaja.

Intipati Bajet 2012 - Tabung Khas Perumahan Khas Nelayan dengan RM300 juta dengan prasarana asas.

Intipati Bajet 2012 - Hospital KL akan dinaik taraf menjadi hospital prima negara dengan peruntukan RM300 juta.

Intipati Bajet 2012 - TERAJU akan bimbing lebih 1,000 syarikat Bumiputera yang berpotensi untuk disenaraikan. RM200 juta untuk program pembangunan usahawan.

Intipati Bajet 2012 - TEKSI. Pengecualian ke atas cukai teksi baharu buatan tempatan.Skim pinjaman akan diuruskan oleh BSN. Bantuan RM3,000 kepada pelupusan teksi lama berusia 7 hingga 10 tahun dan RM1,000 kepada teksi yang berusia 10 tahun ke atas.

Intipati Bajet 2012 - Barah pangkal rahim atau kanser servik. Suntikan imunisasi percuma kepada wanita di seluruh negara. RM150 bagi 3 suntikan. Peruntukan RM150 juta oleh kerajaan.

Intipati Bajet 2012. Warga emas. Mulai 1 Januari, semua warga negara atas 60 tahun dikecuali kan daripada caj perkhidmatan di semua klinik dan hospital kjaan. Diskaun 50% ke atas LRT dan Monorel.

Intipati Bajet 2012 - Kjaan cadang caruman KWSP majikan naik daripada 12 kepada 13% bagi kakitangan bergaji RM5,000 dan ke bawah.

Intipati Bajet 2012 - Menunaikan haji. Pencarum KWSP dibenarkan untuk menggunakan RM1,300 dari Akaun 2 untuk daftar di Tabung Haji untuk menunaikan haji.

Intipati Bajet 2012 - Tambahan bonus setengah bulan gaji bonus kepada kakitangan kerajaan dengan bayaran minimum RM500. Ini bermakna RM1,000 bonus minimum diberikan kepada penjawat awam pada 2011.

Intipati Bajet 20121 - Cadang naik elaun ahli2 Parlimen kepada semua ahli Parlimen kerajaan, pembangkang dan bebas mulai 1 Januari 2012.

Intipati Bajet 2012 - Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan.
 *Amalkan berjimat cermat... maaf andai ada kekurangan maklumat. sekadar perkongsian untuk mencakna minda mahasiswa tentang isu semasa. ^_^




[ Read More ]

Older Posts Home
welcooome too theklonetwork (-_-)

ATTENTION

haai there , first and foremost thanks for view my blog , btw saya ni budak baru ke alam blogging , so kalau ada pape kekurangan sila komen ye dekat cbox bawah ni , okaay , this blog best view by MR.Google Chrome. Next , tekan CTRL C untuk copy. Jangan coopy sembarangan*warning*.Jadilah manusia original bukan manusia KLON macam saya (!) okaay ? jangan lupee follow ye THANK YOOU^_^

Ab0ut me

theklon network
hai semooorang *jerit pakai pembesar suara* HAHA , okaay nama aku KLON*bukan nama sebenar* , kenapa aku menamakan diri aku sebagai KLON ? haa , ituu rahsia , klau nak taw request laa , heeee , umur aku 19*muda lagi* , sex | MALE , itu sahaja aku rasa nak gtw ttg diriku ini , klau korang nak contact aku nak tanya cane nak design blog or pape je la , just emel ak di theklonn@gmail.com . Jangan lupe komen kat cbox bawah tuu taw , kthxbai *_*
View my complete profile


Open Cbox

Category List

  • Download Movie (1)
  • Gambar (6)
  • Komik (1)
  • Penipuan (3)
  • sofware (1)
  • video (4)

Blog Archive

  • ▼  2012 (2)
    • ▼  May (1)
      • #WAJIB BACA (Perempuan Umpama Barangan Di Kedai )
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (49)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (30)
    • ►  August (11)
get this widget here

iklaaan (-_-)

Layaan Era.Fm

eraFm: by kLoNetwork

© Copyright 2010 ©The kLoooon Netwoork©|Design by Best Blogger Template
Subscribe to Comments | Subscribe to Posts