Defisit kerajaan persekutuan pada 2012 dijangka turun kepada 4.7% daripada KDNK berbanding 5.4% pada 2011.
-
-
1 comments
Intipati Bajet 2012 - Sektor pelancongan akan diberikan keutamaan. Untuk itu Pulau Langkawi akan dibangunkan dalam tempoh 5 tahun dengan peruntukan RM420 juta.
Intipati Bajet 2012 - Mulai sesi persekolahan 2012, semua jenis yuran persekolahan dimansuhkan.
Intipati Bajet 2012 - Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
Intipati Bajet 2012 - Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.FELDA GVH akan disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012 dlm usaha mengumpul dana menjadi syarikat konglomerat global.
Intipati Bajet 2012 - Perkhidmatan bas luar bandar. Peruntukan RM150 juta kepada pengusaha bas bagi membeli dan membaik pulih bas, mulai 1 Januari 2012.
Intipati Bajet 2012 - Perkhidmatan awam. Gaji maksimum menjadi lebih tinggi anggaran (35 - 37%) daripada gaji sekarang menerusi SPBA. 600 ribu pesara kerajaan pula akan dapat pelarasan pencen.
Initpati Bajet 2012 - Umur persaraan dilanjutkan (penjawat awam). Kjaan bersetuju dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun.
Intipati Bajet 2012 - Kebajikan anggota tentera. RM500 juta naik taraf kem dan kuarters di seluruh negara. RM50 juta disediakan dalam bentuk insentif kepada pesara tentera bagi mendapatkan pekerjaan selepas bersara. Polis tambahan dan polis khas (Home Guard etc) semasa darurat - Kjaan beri sumbangan RM3 ribu "one off" kepada semua 62 ribu bekas dan balu mereka.
Intipati Bajet 2012 - Lancar Agro Makanan Negara 2012 - 2020 bagi jamin bekalan negara mencukupi.
Intipati Bajet 2012 - Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
Intipati Bajet 2012 - Had maksimum harga rumah dinaikkan dari RM250 ribu kepada RM400 ribu bagi Skim Pembelian Rumah Pertama bagi golongan yang berpendapatan dibawah RM3,000
Intipati Bajet 2012 - Kaedah Bina Kemudian Jual. Ia bagi melindungi pembeli. Bagi rumah RM600 ribu ke bawah.
ntipati Bajet 2012 - Tanah persendirian atau rumah usang boleh bekerjasama dengan SPNB. Cadangan untuk membina 10 ribu Rumah Mesra Rakyat dengan kos RM65 ribu namun hanya akan dijual pada harga RM45 ribu sahaja.
Intipati Bajet 2012 - Tabung Khas Perumahan Khas Nelayan dengan RM300 juta dengan prasarana asas.
Intipati Bajet 2012 - Hospital KL akan dinaik taraf menjadi hospital prima negara dengan peruntukan RM300 juta.
Intipati Bajet 2012 - TERAJU akan bimbing lebih 1,000 syarikat Bumiputera yang berpotensi untuk disenaraikan. RM200 juta untuk program pembangunan usahawan.
Intipati Bajet 2012 - TEKSI. Pengecualian ke atas cukai teksi baharu buatan tempatan.Skim pinjaman akan diuruskan oleh BSN. Bantuan RM3,000 kepada pelupusan teksi lama berusia 7 hingga 10 tahun dan RM1,000 kepada teksi yang berusia 10 tahun ke atas.
Intipati Bajet 2012 - Barah pangkal rahim atau kanser servik. Suntikan imunisasi percuma kepada wanita di seluruh negara. RM150 bagi 3 suntikan. Peruntukan RM150 juta oleh kerajaan.
Intipati Bajet 2012. Warga emas. Mulai 1 Januari, semua warga negara atas 60 tahun dikecuali kan daripada caj perkhidmatan di semua klinik dan hospital kjaan. Diskaun 50% ke atas LRT dan Monorel.
Intipati Bajet 2012 - Kjaan cadang caruman KWSP majikan naik daripada 12 kepada 13% bagi kakitangan bergaji RM5,000 dan ke bawah.
Intipati Bajet 2012 - Menunaikan haji. Pencarum KWSP dibenarkan untuk menggunakan RM1,300 dari Akaun 2 untuk daftar di Tabung Haji untuk menunaikan haji.
Intipati Bajet 2012 - Tambahan bonus setengah bulan gaji bonus kepada kakitangan kerajaan dengan bayaran minimum RM500. Ini bermakna RM1,000 bonus minimum diberikan kepada penjawat awam pada 2011.
Intipati Bajet 20121 - Cadang naik elaun ahli2 Parlimen kepada semua ahli Parlimen kerajaan, pembangkang dan bebas mulai 1 Januari 2012.
Intipati Bajet 2012 - Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan.
*Amalkan berjimat cermat... maaf andai ada kekurangan maklumat. sekadar perkongsian untuk mencakna minda mahasiswa tentang isu semasa. ^_^
Hi! Do you know if they make any plugins to assist with Search Engine Optimization?
I'm trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I'm not seeing very good results.
If you know of any please share. Many thanks!
Stop by my blog ... get followers