Semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Khamis lalu, syarikat berkenaan mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar mulai Jumaat ini
Keputusan menangguhkan kutipan cukai itu dibuat selepas mesyuarat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.
Katanya, antara cadangan yang dibincangkan bersama telco adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.
“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.
"Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media, di Angkasapuri, di Kuala Lumpur. -MKINI-
Tangguh bukan bermaksud hapus. Tangguh bermaksud hold dulu. Maksudnya ia akan tetap dilaksanakan cuma bukan pada 15 sept
Post a Comment