Pemain kebangsaan, Safee Sali masih terpaksa menanti pelepasan daripada majikannya Pelita Jaya FC walaupun telah dipanggil Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan.
Astro Arena pada Rabu lalu melaporkan Safee dipanggil untuk menjalani sesi percubaan bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris bermula 12 September ini.
Safee menyatakan dia masih memerlukan restu daripada kelab Indonesia yang dilaporkan berat untuk melepaskan aset bernilai mereka itu.
Namun, penyerang kebangsaan tersebut kekal optimis perbincangan antara wakilnya dan pengurusan kelab akan mencapai kata sepakat.
“Saya masih menanti lampu hijau daripada Pelita Jaya. Harap segalanya akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah,” ujar Safee.
Seandainya telah menerima pelepasan daripada Pelita Jaya, Safee berazam untuk tidak mensia-siakan peluang tersebut kerana menyifatkannya sebagai sekali dalam seumur hidup.
Post a Comment