Pengguna WiFi percuma di kedai mamak, restoran mewah, kopitiam, pusat beli-belah terdedah kepada serangan penggodam internet yang mencuri maklumat peribadi termasuk kata laluan akaun bank, Facebook, blog atau laman web dengan tujuan khianat atau pembelian secara talian terus menggunakan akaun mangsa tanpa disedari. Penggodam yang mempunyai 'sniffing sofware' mampu melihat apa dilayari , dimuat naik atau dimuat turun pengguna , mendapatkan identiti dan kata laluan akaun dan menggunakannya untuk membeli melalui sistem pembelian paypal yang diguna pakai di peringkat global dan tidak memerlukan identiti pembeli. Mengiku perangkaan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini , 1645 kes pencerobohan komputer dan sistem jaringan dilaporkan di negara ini termasuk 386 kes cubaan menceroboh.
Antara yang pernah menjadi mangsa penggodam adalah penulis blog ariffshah.com , ariff shah ramlan, 24,sekitar ogos tahun lalu selepas penggodam menceroboh emel miliknya dan menukar penetapan akaun supaya setiap emel yang masuk ke dalam inbox , salinanya akan dihantar ke emel penggodam
KORANG NAK BERITA FULL ? ade dalam berita harian 3 september 2011 pada muka pertama ! check it out ! sila ambil pengajaran ini sebagai iktibar ! bende free mmg best tapi yang sampai bnde free itu menyusaaahkan korang ! HAHA
sumber > berita harian
Puasa enam dibuat berterusan lebih afdal
Errr x baca paper lak semalam ;)
baca jgn tak baca ^_^